PERJALANAN YANG DICARI
AKU pada satu masa tercari2 dimana salah dan silap tentang AKU ,
tanpa aku sedar mahupon tak sedar ,
aku punya HATI yang rapuh ,
tatkala ini AKU mencari DIRI bagi mengenal siapa AKU ,
tatkala ini juga KAU mengajar AKU erti keperitan ,
tiada siapa inginkan kesakitan ,
malah tiada siapa juga inginkan kehampaan ,
malah terciptanya semua itu kerana DIRI ,
maka susah atau senang ingin mencari MAKNA diri ,
tentu sekali sukarkan?
AKU tika ini perjalanannya terhenti ,
dek jantung yang terdiam sendiri ,
dek kerana kakunya mencari diri yang hampir LAYU ,
AKU tika ini pasrah akan takdirnya ,
tika ini AKU kalah dalam perjuangan ,
tika ini AKU akur dalam tingkah ku ,
TAPI , AKU masih punya RESTU ,
semangat yang TUHAN tanamkan dalam jiwa AKU ,
AKU , kagumi DIRI kerana mampu mematahkan halwa dunia ,
memejamkan onak mata ,
menindaskan rasa terluka ,
dalam jiwa yang restu ,
AKU pada makna JIWA yang sementara ,
AKU akui TUHAN memberi dengan onak dalam keindahan ,
maka , AKU bukan seorang pengalah ,
AKU MASIH PUNYA RESTU ,
TERIMA KASIH TUHAN .


No comments:
Post a Comment